Cara Mudah Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan


 

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu inisiatif kerajan untuk memberi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. 

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pusat agensi bagi program PPR di seluruh negara.Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.

APAKAH CIRI-CIRI PPR?


Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air


APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON?

SKIM PPR DISEWA :


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  6. Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.


SKIM PPR DIMILIKI : 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  6. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Senarai Projek PPR Terkini

Senarai Projek Rumah Sewa dan PPR Dimiliki yang terkini boleh dirujuk melalui senarai ini: SENARAI PROJEK PPR TEDUH KPKT

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon secara online, anda cuma perlu melakukan 7 langkah berikut:

  1. Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  2. Log masuk dengan akaun yang didaftarkan.
  3. Pilih skim mengikut kelayakan.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon.
  5. Pilih projek.
  6. Muatnaik dokumen sokongan.
  7. Buat pengesahan dan hantar permohonan.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

ii) Permohonan Manual

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri / Lembaga Perumahan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui


Post a Comment

0 Comments