Cara Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA


Bagi para ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA).
Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300.
Pemberian bantuan ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Selain daripada berdaftar dengan JKM, ibu tunggal juga perlu berdaftar dengan KPWKM untuk melayakkan diri menerima bantuan RM300. Pendaftaran ini dibuka sehingga 31 Oktober 2020.
Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL PENJANA




Bagi ibu tunggal yang berminat untuk memohon, mereka perlu mempunyai akaun email Gmail.
Bagi ibu tunggal yang masih belum mempunyai akaun email Gmail, mereka boleh merujuk langkah-langkah mendaftar akaun email Gmail baharu mereka di sini.
Bagi yang sudah mempunyai akaun email Gmail, berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal:
  1. Log in akaun email Gmail anda
  2. Kemudian, klik link di bawah mengikut negeri pemohon.
    a) Negeri Perlis
    b) Negeri Kedah
    c) Negeri Pulau Pinang
    d) Negeri Perak
    e) Negeri Selangor
    f) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
    g) Negeri Johor
    h) Negeri Sembilan
    i) Negeri Melaka
    j) Negeri Pahang
    k) Negeri Terengganu
    l) Negeri Kelantan
    m) Negeri Sabah
    n) Negeri Sarawak
  3. Isi maklumat peribadi yang diminta di dalam halaman pertama Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri dan klik Next untuk ke halaman 2
    Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA

  4. Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan di laman tersebut dengan klik pada Add File
    Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA
  5. Klik Submit
  6. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

    Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat pendaftaran KPWKM:
    • Salinan MyKad
    • Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
    • Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
    • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/MyKid/MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
    • Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
    • Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Cth: Surat Pengesahan daripada Majikan)
    • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
    • Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)

    CARA DAFTAR JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

    Bagi ibu tunggal yang masih belum berdaftar dengan Jabatan pembangunan Wanita, anda boleh daftar melalui salah satu kaedah berikut:
    • Permohonan secara online di iwanita.jpw
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia

    DAFTAR IBU TUNGGAL JKM

    Untuk mendaftar sebagai ibu tunggal di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKN), anda boleh semak di pautan di bawah. Semak juga beberapa kelebihan jika ibu tunggal berdaftar dengan JKM.
  7. INFO DAN MAKLUMAT LANJUT

    Bagi pemohon yang memerlukan maklumat dan info lanjut mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal, mereka boleh melayari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/.
    Pemohon juga boleh terus menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita di talian 03-8323 1000 atau terus ke alamat:

Post a Comment

3 Comments

  1. Saya dah daftar melalui online. So , kenapa ye saya belom mengetahui keputusan pendaftaran saya .. ???? Melalui e-mail pon saye tak dapat ape2. . cuma Sye nak tahu adakah pendaftaran sya itu diluluskan atau pun tidak...

    ReplyDelete