Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB Tahun 2023


 

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam lampiran di bawah.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air

Harga RMR adalah seperti berikut:

rumah mesra rakyat rmr
rumah mesra rakyat rmr

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Nota :

  • Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
  • Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Pemohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual

Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:

  1. BUKA LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Rujuk manual lengkap di pautan di bawah: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi :

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

Post a Comment

0 Comments