Permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)


 


Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Golongan Sasaran

SejaTi MADANI

Program ini merupakan satu bentuk program bantuan kerajaan yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

“Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang/ masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah:

(i)Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
(ii)Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);
(iii)Komuniti Rumah Panjang;
(iv)Komuniti Kampung Orang Asli;
(v)Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan
(v)Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.


Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.


Tempoh permohonan

Permohonan SejaTi MADANI dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.


Syarat permohonan

Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

Lima sektor utama tersebut ialah

  • pertanian dan makanan
  • jahitan dan kraf tangan
  • herba dan kesihatan
  • pelancongan dan hospitaliti
  • aktiviti hijau dan kitar semula


Kategori permohonan

Kategori permohonan bagi bantuan SejaTi MADANI terbahagi kepada tiga (3) iaitu:


     (i)   Rintis – Program/ produk/ perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun;
     (ii)   Peningkatan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun; dan
     (iii)   Pengembangan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun.


Cara memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home

Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen, atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.


Pertanyaan dan maklumat lanjut

permohonan SejaTi MADANI


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SejaTi MADANI, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian berikut:


Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Tel: 03-8872 3888/ 6430 / 6406 / 6401
E-mel: sekretariatMADANI@icu.gov.my

Post a Comment

0 Comments