Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 Penjawat Awam & Pesara


 

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.


Beliau yang juga menteri kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.


Anwar berkata, pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.




Kelayakan Penjawat Awam

BKKA 2024 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara, Contract of Service2 dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada 5 April 2024


BKKA 2024 turut layak diberi kepada:

  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji ; dan
  • pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

BKKA 2024 ini turut dipanjangkan kepada:

  • guru interim;
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

BKKA 2024 juga dibayar kepada Personel MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum 5 April 2024 dan masih berkhidmat pada 5 April 2024.


Kelayakan Pesara

BKKA 2024 sebanyak RM500.00 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak.


Turut dipanjangkan dengan kadar RM250.00 kepada pesara Kerajaan termasuk:


  • pesara berpencen;
  • penerima pencen terbitan;
  • pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut umur persaraan wajib;
  • pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen;
  • veteran berpencen; dan
  • veteran tidak berpencen

Tarikh Bayaran BKKA (Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024)

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat, (5 April 2024).

Kepada semua penjawat awam, sifat ihsan yang ditunjukkan ini haruslah disambut dengan berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan berintegriti, bertanggungjawab seiring dengan konsep MADANI.

Post a Comment

0 Comments