Program SAVE 2.0: Cara Claim Voucher RM200 Shopee Setiap Keluarga

 


Program SAVE 2.0 merupakan inisiatif oleh SEDA dengan kerjasama oleh Shopee Malaysia dan ia telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu

Program Save 2.0 ialah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini dilaksanakan oleh SEDA Malaysia di bawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan kolaborasi dengan Shopee bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi:

  • Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik; dan
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan penerimaan dan penggunaan baucar daripada Program Save 2.0:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna/ pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021; dan
  • 1 akaun bil, 1 e-Rebat & first come fisrt serve basis

CARA DAFTAR PROGRAM SAVE 2.0

Untuk mendaftar Program Save 2.0 dan terima baucar RM200, anda boleh ikut langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee di telefon bimbit anda
  2. Klik REGISTER NOW & CLAIM RM200 pada poster Program Save 2.0
    Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Isi Rumah
  3. Klik DAFTAR SEKARANG
    Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Isi Rumah
  4. Masukkan maklumat  akaun bil elektrik dan maklumat lain yang diminta. Klik SUBMIT
    Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Isi RumahProgram Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Isi Rumah

PROSES PENERIMAAN BAUCAR RM200

Berikut adalah proses penerimaan baucar RM200:

  1. Daftar melalui Shopee
  2. Anda akan dimaklumkan dalam masa 14 hari bekerja dalam masa 14 hari bekerja untuk status permohonan anda
  3. Baucar RM200 akan kredit ke Shopee Wallet anda setelah permohonan anda telah diluluskan

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:

  • Pasukan Khas Program SAVE 2.0
    Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
    SEDA Malaysia
  • +603 8870 5800
  • saveenergy.gov.my

Post a Comment

0 Comments