Permohonan Insentif Haji Muassasah 1447H / 2026 Selangor


 


Mengenai Insentif Haji Muassasah

Insentif Haji Muassasah merupakan bantuan ibadah haji khusus buat para muslimin dan muslimah di Selangor yang layak yang menawarkan bantuan sumbangan kepada bakal jemaah haji


Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2022 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, insentif ini telah memanfaatkan seramai 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor, iaitu 3,000 jemaah masing-masing pada tahun 2022 dan 2023, dan 6,000 jemaah masing-masing pada tahun 2024 dan 2025.

Pelaksanaan insentif ini telah diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026 dengan peruntukan RM9 juta.


Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan insentif dibuka mulai 23 Februari 2026 (Isnin) sehingga 15 Julai 2026 (Rabu).


Jumlah Insentif

Bakal jemaah haji yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,500, peningkatan sebanyak RM500 iaitu dari RM1,000 pada tahun 2025.


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:

1- Pemohon merupakan jemaah haji muassasah daripada Kumpulan B40, M40 dan T20 yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji dan tertera Kod Pakej : MUAS pada jadual penerbangan jemaah bagi tahun 1447H/2026M. Kos haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji pada tahun ni adalah berjumlah RM33,300.00 seorang. Bayaran haji bagi seorang jemaah muassasah mengikut kumpulan adalah seperti berikut : –



2- Pemohon adalah pengundi di negeri Selangor sahaja.

      Cara Memohon

      Bakal jemaah haji hanya perlu membawa 2 dokumen salinan bercetak ke Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN terdekat iaitu:



      1- Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 dengan paparan KOD MUAS


      2- Salinan bercetak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tertera nama pemohon adalah pengundi di Selangor.

        Pihak Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN kemudiannya akan menyelaraskan permohonan tersebut kepada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).


        Info Lanjut

        Untuk info lanjut mengenai insentif ini, sila berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ataupun Pejabat Penyelaras DUN yang boleh dirujuk menerusi pautan https://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/.

        Post a Comment

        0 Comments