Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia


 

Dalam membantu mereka yang terkesan dalam bencana banjir, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir.

Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

Dalam hal ini, Kementerian Kewangan menetapkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 diberikan bukan sahaja kepada ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) sebaliknya diperluaskan kepada mereka yang tidak berpindah ke PPS.

RM2500 Pembelian Barangan Keperluan

Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

Bantuan itu khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.

Bantuan Baik Pulih Rumah

Kerajaan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan tidak serius.

Bagi kerosakan serius, kerajaan akan mengurus baik pulih kediaman dengan kos sehingga RM15,000 manakala rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, bantuan sehingga RM56,000 akan diberikan untuk setiap unit rumah dibina baharu

RM500 Rebat Pembelian Barangan Elektrik

Kerajaan juga menyediakan Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.

Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari.

Dalam hal ini, Agensi Pengurusan Bencara Negara (Nadma) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.

Rebat Bil Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100% secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan Disember kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

Diskaun Baik Pulih Kenderaan

Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. 

Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta

Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan

Rebat Baik Pulih / Penggantian Baharu Kenderaan

Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.


Post a Comment

2 Comments

  1. Cara permohonan dan diamana nak pohon bantuan KIR rm2500 dan barang elektrik rm 500 di kedai trpilih.

    ReplyDelete
  2. Maaf kan saya ye! Sudah paham keadaan yg sabenar nya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete