STR Fasa 3 : Semakan Bayaran ,Tarikh & Jumlah Bayaran 2025
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan makluman terkini untuk semua penerima STR khususnya.
Kaedah Pembayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 dijangka akan dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos ini secara berperingkat, iaitu :
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu.
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan) |
Fasa 4 | November 2025 |
Jumlah Bayaran Setiap Kategori
Jumlah bantuan STR Fasa 3 belum dimaklumkan.
Berikut adalah makluman terkini daripada LHDN mengenai pembayaran:

Sehingga kini, jumlah rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan fasa-fasa sebelum ini, berikut adalah jangkaan kategori bayaran:
Kategori Penerima | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah (Anggaran) |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | < RM2,500 | RM300 – RM500 |
Isi Rumah M40 | RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Bujang | < RM2,500 | RM100 – RM150 |
Warga Emas | Tiada pasangan | RM200 – RM300 |
NOTA : Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://invl.io/clk3vpe
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Post a Comment
0 Comments