Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Isi Rumah Terjejas Banjir


 

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.

Bantuan ini  melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

Manakala kes kematian akan mendapat sumbangan RM5000

Kerajaan bersetuju menaikkan  kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). 

Syarat Kelayakan

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Untuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:

bantuan wang ihsan banjir rm1000

Post a Comment

1 Comments

  1. Wynn Hotel and Casino - Jackson Hole Tribe
    Get 충청북도 출장마사지 a complimentary ticket for your 대전광역 출장마사지 stay at 경산 출장안마 Wynn Hotel and Casino in Jackson Hole, MS. Don't miss our exciting 여주 출장마사지 casino 서산 출장샵 gaming and entertainment experience.

    ReplyDelete