Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 Dibayar Bermula 6 September 2021
Ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bayaran BKC ini
Berita baik untuk semua ,perkara tersebut telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri melalui mesyuarat yang diadakan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pagi ini.
Ia juga telah disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.




Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Jumlah Bayaran Yang Bakal Diterima Mengikut Kategori
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Miskin Tegar
- RM1,300 (Isi Rumah)
- RM500 (Bujang)
B40
- RM800 (Isi Rumah)
- RM200(Bujang)
M40
- RM250 (Isi Rumah)
- RM100 (Bujang)

Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC)
Bayaran Fasa Pertama bermula 6 September 2021
Kedah Pembayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Cara Permohonan BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Rekod Percukaian (LHDNM)
Semakan Status Bantuan BKC
Semakan status boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) apabila tarikh rasmi diumumkan kelak.
- Layari portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
- Rujuk menu semakan untuk melibat status pembayaran
Post a Comment
2 Comments
Kerajaan nampak yang B40 je bermasalah..m40 ni x dapat kerja nak tggung kereta rumah sewa bagai mana Cukup RM100 kerajaan memang tidak adil..
ReplyDeleteDi sini sy tidak berpuas hati iyer.Bpr sy xdpt sebab dpt gkp..BKC pulak juga x layak...Di mana keprihatinan dr pihak tuan2 kepada golongan ibu tunggal pula?Mereka ada anak yang hendak di tanggung lagi..Pihak atasan kena semak lagi kelayakan kami...Ada lesen niaga bkn perniagaan besar yang setiap bulan dapat 5k,10 k..Tidak!!Jangan salah anggapan begitu..Saya nie berniaga kecil2lan saja...Kuih muih..Harap pihak tuan2 dapat mempertimbangkan nya lagi..
ReplyDelete