Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 70/25 (Lelaki) Tentera Udara Diraja malaysia (TUDM)


 

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2025.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  4. Penglihatan -
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    • Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Permohonan Pengambilan Tentera Udara Malaysia 2025


>

1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

Pautan Permohonan Atas Talian: https://invl.io/clko54n

1. Pendaftaran Permohonan:  https://mims.mod.gov.my/sppmtd/mhn



1. Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.

2. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.

3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.

4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM
No Tel : 03-40170100
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg
Facebook : Kerjaya & Pengambilan TUDM

Post a Comment

0 Comments