Permohonan Bantuan Tablet/Laptop Percuma Untuk Pelajar B40 Tahun 2021
Sepertimana dalam pembentangan belanjawan 2021 yang lalu ,Pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) ini adalah projek rintis yang diselia oleh Yayasan Hasanah.
BUTIRAN & TARIKH PEMBERIAN
- Jumlah laptop & tablet percuma yang diberikan untuk pelajar adalah 150 ribu
- Diberikan kepada 500 buah sekolah seluruh Malaysia
- Tarikh pemberian FASA 1 Bermula bulan Mei 2021
- Tarikh pemberian FASA 2 Sebelum akhir bulan September 2021
- Sumbangan Yayasan Hasanah milik Khazanah Nasional Berhad
SYARAT KELAYAKAN
- Pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
- Sekolah-sekolah tersebut mestilah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan program dan penyaluran khidmat sokongan ini dilaksanakan.
- Golongan terpinggir iaitu B40, ibu bapa tunggal, berkeperluan khas dan Orang Asli
- Pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,849
- Tidak mempunyai akses untuk pembelajaran atas talian.
CARA PERMOHONAN
- Peranti akan diedarkan kepada murid melalui sekolah yang terpilih dan bukannya melalui permohonan.
- Murid yang layak akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan
Post a Comment
1 Comments
B40..tp x pernah dpt apa2 dri sekolah..bantuan diberi pada org yg mampu jew..org susah x dpt pon..
ReplyDelete