Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan
SENARAI PAKEJ BANTUAN KHAS (PERMAI)
➡️ Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari
➡️ Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
➡️ Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
➡️ iSinar - Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini
➡️ JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
➡️ Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
➡️ PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
➡️ Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
- BPN 2.0 dipercepat kepada 21 Januari 2021.
- Bantuan JKM untuk 400,000 penerima
- Program bakul makanan RM100 setiap bakul
- Potongan cukai untuk penderma yang memberi sumbangan kepada rakyat terjejas COVID-19
- Bayaran pendahuluan iSinar (Kategori 2) RM1,000 bermula 26 Januari
- Data 1GB Percuma dilanjutkan sehingga 30 April 2021
- Melonggarkan syarat permohonan SIP PERKESO
- Tambahan Program Subsidi Upah 2.0 RM1 bilion
- Bantuan one-off RM500 kepada pemandu pelancong, bas sekolah & persiaran, teksi melibatkan 132,000 penerima
- Diskaun bil elektrik 10% kepada 6 sektor terpilih
Sumber: Bernama
Post a Comment
1 Comments
Tqvm my lovely pm and pn government.In reality you re the best government who look after rakyat's wellfare stabs! Alhmdullillah
ReplyDelete