Sarawak panjangkan tempoh inisiatif pemberian diskaun penggunaan elektrik sehingga Disember 2023


 


KUCHING: Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian kadar diskaun bulanan bekalan elektrik kepada rakyatnya bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2023

https://invl.io/clk0p3a

Pemberian diskaun itu adalah sambungan pemberian yang diberikan kerajaan negeri kepada pengguna domestik dan komersial sebelum ini yang berakhir pada 20 Jun lalu dengan kadar 15 hingga 25 peratus


Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, pemberian diskaun bagi tempoh enam bulan itu akan melibatkan pebelanjaan berjumlah RM203.7 juta.

“Bantuan khas diskaun bil elektrik akan memberi manfaat kepada 700,000 pengguna  di seluruh Sarawak.

“Diskaun yang dianggarkan bernilai RM123 juta untuk pengguna domestik dan RM80.7 juta untuk peniaga kecil ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak,” katanya pada sidang media mengenai pelanjutan insiatif tersebut di sini.

Manakala bagi penggunaan untuk bulan November, diskaun akan dimasukkan dalam bil yang dihantar pada Disember sementara diskaun bagi penggunaan pada bulan Disember, ia dimasukkan pada bulan Januari tahun hadapan.

Katanya bagi penggunaan komersial pula, pemberian diskaun itu terhad kepada pengguna bagi peniagaan komersial biasa dan industri biasa dengan penggunaan tidak melebihi 30,000 kilowatjam (kWj) untuk tempoh enam bulan berkenaan.

“Disamping itu, peniaga kecil seperti bengkel, kopitiam, rumah kedai, restoran dan gerai penjaja boleh mohon diskaun bil bulanan mereka dengan mengemukakan pemohononan kepada Sarawak Energy sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

Inisiatif pemberian diskaun terbabit merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanakan menerusi  Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang akan berakhir Disember ini.

https://invl.io/clk0p3a

Sejak dilaksanakan pada 1 April 2020, Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sekitar RM1.5 bilion untuk melaksanakkan inisiatif terbabit. - Buletin TV3

Post a Comment

0 Comments