Skim Perubatan Madani ~ Lokasi Dan Syarat Kelayakan
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah)
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |

Lokasi Skim Perubatan Madani
Lokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:
- Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor),
- Kuala Lumpur,
- Kinta (Perak),
- Timur Laut (Pulau Pinang),
- Johor Bahru (Johor),
- Kota Kinabalu (Sabah) dan
- Kuching (Sarawak)

Syarat Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
Kelayakan adalah secara automatik
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
- Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
- Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
- Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Tempoh Sah Laku
Maklumat Lanjut
Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut
Post a Comment
0 Comments