Perdana Menteri Umum Isnin, 28 November 2022 Sebagai Cuti Umum


 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan cuti umum pada Isnin (28 November 2022).

Perkara tersebut dimaklumkan beliau dalam sidang media malam ini.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Anwar pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri malam ini berkata, beliau sudah berjanji untuk melaksanakan cuti pada Isnin.

“Tetapi hari Isnin hari itu belum beres, maka hari ini sudah beres baru kita bawa ke Isnin minggu depan,” katanya.

Beliau juga menyatakan rasa syukur ekoran kenaikan nilai ringgit di pasaran Bursa Malaysia susulan pengumuman pelantikan Perdana Menteri serta Kerajaan Perpaduan hari ini oleh Istana Negara.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang hari ini.

Post a Comment

0 Comments