Diskaun Saman 80% PDRM Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021
Berita baik bagi anda yang memounyai kesukaran untuk mendaftar di Portal MyBayar Saman
Bagi memudahkan urusan semua pihak, pihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman yang pada mulanya ditawarkan mulai 9-12 Disember ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Dalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui sebuah hantaran di media sosial Facebook.

Dalam kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa orang ramai boleh menjelaskan saman melalui 4 kaedah berikut:
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank

Post a Comment
0 Comments