Whatsapp, Facebook, Instagram Tidak Berfungsi

 


Kuala Lumpur: Perkhidmatan gergasi social media iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak berupaya untuk menerima suapan baharu.

Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

  Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

  Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 43 peratus pengguna menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

  Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

  Wujud juga laporan menyatakan bahawa ia mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan menghadapi gangguan perkhidmatan.

sumber : hmetro.com.my

Post a Comment

0 Comments