Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Dibayar Bermula 26 Oktober 2021
Selain BPR, Kerajaan juga telah melaksanakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang terjejas.
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)
Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.
Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
Melalui Pakej PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) juga disalurkan, melibatkan penerima dari kategori miskin tegar, B40, dan juga M40.
Kadar & Jumlah Bantuan
Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.
Cara Permohonan BKP
Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.
Data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.
Semakan Status BKP
Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.
Tarikh Bantuan Disalurkan
Bantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan bermula 26 Oktober 2021.
Pengumuman oleh Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/
Post a Comment
1 Comments
Kerajaan buta rakyat yang kerja kontrak yg tidak ada kwsp dan dan perkeso ni kena bayar kereta kena bayar rumah sewa mcm2 lgi tak nmpak betapa susah yg kerajaan nmpk rakyat yg makan gaji...pm apa ke benda mcm ni..nak tolong rakyat biar lah adil...org kerja tetap mkin senang org yg kerja kontrak mcm kita, klau projek hold sbb pkp menanggung sakit dgn beban
ReplyDelete