Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan 2021


 

Pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

Bantuan untuk warga emas di Malaysia diuruskan oleh JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.


Syarat Kelayakan

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i) Institusi kendalian JKM; atau
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas

Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/directory&id=UzlRTjkxUVFUa2Q5a0hFVm1UQXZuUT0.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  2. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  3. Salinan penyata gaji (jika ada)
  4. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Post a Comment

2 Comments

  1. nama colombus bin lamuji ic 800618125135 alamat rumah blk c 5 14 jalan pelangi 1 taman pelangi 14000 bukit mertajam pulau pinang nombor telefon 01128046118 nama bank AFFIN BANK NOMBOR akaun 200590515821 saya memohon bantuan ini kerana saya tidak bekerja sepanjang PKP Saya harap permohonan saya ini tuan puan dapat di pertimbangkan Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Baguihnya bantuan ni, tapi awat semua guna bahasa orang asing tak reta guna bahasa kebangsaan ka, kami tak faham

    ReplyDelete