Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara 2021

 


Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.

Bantuan ini adalah bonus yang diberikan kepada Penjawat Awam bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah. Bonus ini diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah, tidak lupa juga pesara kerajaan

KADAR BANTUAN 

Kadar bayaran Bantuan Khas Kewangan tahun 2021 adalah dibayar sebanyak:

  • Penjawat Awam: RM600
  • Pesara Kerajaan: RM300

TARIKH BAYARAN BANTUAN 

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan 2021 Penjawat Awam dan Pesara adalah pada:

  • 25 Januari 2021

PENJAWAT AWAM YANG LAYAK

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
    i) Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS). 
    ii) Pegawai yang bercuti gaji penuh.
    iii) Pegawai yang bercuti separuh gaji.
    iv) Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  4. Guru Interim
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

PENJAWAT AWAM YANG TIDAK LAYAK

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.


Post a Comment

0 Comments