Permohonan Ke Tingkatan Satu Rancangan Khas Pendidikan 2021 dibuka esok

 


Permohonan kemasukan pelajar ke tingkatan satu pengambilan 2021 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia–Yayasan Selangor (RKPYS) dibuka mulai esok.

Yayasan Selangor dalam sebuah kenyataan memaklumkan, murid Tahun enam / 2020 yang layak harus mendapat sekurangnya tahap tiga di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam dan bersekolah rendah di Selangor.

Keutamaan akan diberi untuk murid luar bandar dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon, ibu atau bapa harus lahir di Selangor atau bermastautin sekurangnya 10 tahun serta warganegara Malaysia

Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (jumlah pendapatan ibu bapa dibahagi jumlah isi rumah) kurang RM2,000 sebulan

Selain itu, pemohon harus mendapatkan pengesahan doktor yang mengesahkan pemohon sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

CARA PERMOHONAN

Pemohon boleh memohon secara dalam talian atau memuat turun borang daripada laman web Yayasan Selangor di www.yayasanselangor.org.my


Sebarang maklumat mengenai permohonan boleh dirujuk di laman sesawang yang sama.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Disember manakala tarikh akhir bagi penghantaran dokumen adalah pada 21 Disember 2020

Post a Comment

0 Comments