Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.


gaji penjawat awam kenaikan 2024


Sumber infografik : Jabatan Penerangan WPKL





Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.






Post a Comment

0 Comments