STR Fasa 2 : Semakan Status & Jumlah Bayaran


 

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

tarikh str fasa 2 2024



Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.


Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.


Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.


STR Fasa 2 2024


Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

kadar str 2024

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

jumlah bayaran str sara 2024

Kaedah pembayaran STR

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit


Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Sila rujuk panduan di bawah:


  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Post a Comment

0 Comments