ePrasekolah KPM: Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 / 2026


 


Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2025 / 2026

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 / 2026 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024.

Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.


Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.


Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026

Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;

1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2024 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.



Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM

Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:


1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)


2. Daftar & Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

https://invl.io/clk3vpe


Post a Comment

0 Comments