Cara Mudah Daftar Pusat Pangkalan Data Utama (Padu)


 Peringatan : Laman web ini hanya memaparkan cara daftar PADU dan tidak mengumpulkan sebarang data dan maklumat peribadi anda.


Pusat Pangkalan Data Utama (Padu) merupakan platform pendaftaran yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menghalusi kelayakan dan pembahagian bantuan serta subsidi. Kini, proses pendaftaran bagi PADU telah dibuka.

PADU diwujudkan untuk menghapuskan pengkelasan kategori B40, M40, dan T20 yang selama ini digunakan dalam penilaian kelayakan. Label-label ini sebelum ini dikritik kerana tidak sepenuhnya menggambarkan status kehidupan seseorang dengan tepat. Misalnya, tidak mengambarkan keadaan kemiskinan bandar atau komitmen keluarga yang besar.

Cara Daftar PADU

Untuk mendaftar di PADU, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut, pastikan anda melihat beberapa tips yang dikongsikan sebelum memulakan pendaftaran :

1. Pergi ke laman web rasmi PADU yang telah disediakan (klik disini)https://invl.io/clk3vpe

daftar padu

2. Anda perlu mengisi maklumat asas yang diperlukan seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon.

daftar padu

3. Kod OTP akan dihantarkan kepada anda menggunakan nombor telefon yang disertakan. Masukkan Kod OTP ke ruangan yang disediakan.




daftar padu

4.  Setelah selesai, anda perlu menetapkan kata laluan bagi akaun. Kata laluan anda harus menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan.

daftar padu

. Proses yang seterusnya adalah Pengesahan Identiti. Pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengenalan untuk bahagian depan dan belakang serta berswafoto. Pastikan gambar kad pengenalan dan swafoto adalah sama bagi memudahkan sistem PADU membuat pengesahan.

daftar padu

6. Bagi proses mengambil gambar Mykad, anda perlu mematuhi panduan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan kepada pendaftaran.

daftar padu

7. Setelah proses pengesahan selesai, Anda perlu log masuk ke laman sesawang yang berkaitan dan menyempurnakan proses pengemaskinian maklumat peribadi. Anda perlu mengemaskini maklumat termasuk butiran isi rumah, alamat terkini, maklumat pekerjaan, jarak dari tempat tinggal ke tempat kerja, komitmen bulanan, pendapatan, sumber pendapatan lain, serta sebarang bantuan yang sudah diterima.

daftar padu



Post a Comment

1 Comments

  1. Asalamualaikum.
    Perkara : Daftar online

    Saya sydah berjaya mendaftar
    Tetapi gagal melengkapkan butian peribadi

    1. Gagal tankao foto
    2. Butiran suami/isteri tak betul. Patut dalam borang diasingkan ruang suami dan ruang isteri jadi senang buat pilihan

    ReplyDelete