Bantuan Awal Persekolahan 2024 (BAP) Disalur Mulai Januari 2024

                              


 

TERKINI : Bantuan awal persekolahan RM150 akan disalurkan Januari 2024

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.

Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan 2024,” kata KPM menerusi kenyataan.

Penjelasan dibuat susulan timbul kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024, seperti dilaporkan media.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney


Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2024

Mulai Januari 2024

Maklumat Lanjut

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.


Borang Bantuan Awal Persekolahan

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.


Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).


Selain itu, terdapat sekolah yang akan mengedarkan borang berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)



BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)



Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem atau borang tersebut.

Post a Comment

0 Comments