Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan / Rumah Tamu 2024


 


Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) merupakan antara manfaat yang disediakan untuk semua penjawat awam.

Malangnya, tidak ramai yang tahu akan manfaat ini dan ada juga yang tidak pernah menikmatinya sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan sehinggalah mereka bersara.

Secara umumnya, Rumah Peranginan Persekutuan ini terbahagi kepada 3:


  1. RPP Eksekutif (RPPE)
  2. RPP Premier (RPPP)
  3. Rumah Tamu (RT)

RPPP dan RPPE merupakan rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk tujuan istirehat kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.


Setiap pemohon layak untuk menginap di RPPnamunterhad kepada tiga (3) kali setahun kecuali bagi RT.


RT merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.


Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mempelawa semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan para pesara Kerajaan untuk membuat tempahan menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi tempoh 3 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.


Tempahan akan dibuka mulai 26 Disember 2023 (Selasa), jam 12 tengah hari melalui laman sesawang RPP di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

https://invl.io/cljzg8n

Semua tempahan adalah dibuat secara atas talian dan maklumat lanjut RPP boleh diperolehi dalam laman web BPH seperti terkandung dalam pautan tersebut. Juga tuan/puan boleh imbas QR Code yang disediakan dalam poster yang dilampirkan.


Berita baik juga adalah tempahan RPP Premier Singapura akan dibuka pada 19 Disember 2023 dan nikmatilah kemudahan dan fasiliti yang disediakan, Rancanglah perjalanan anda ke Kota Singa tersebut dengan selamat dan lancar.


RPP Eksekutif

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM50 – RM350

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif adalah seperti berikut


  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Lokasi RPPE:

  1. RPP Cameron Highlands
  2. RPP Bukit Fraser (RPP BF)
  3. RPP Pulau Pinang
  4. RPP Morib
  5. RPP Tasik Kenyir
  6. RPP Port Dickson
  7. RPP Pulau Langkawi
  8. RPP Pulau Pangkor

Contoh gambar RPP Pangkor hasil perkongsian di Facebook oleh Norhafizhah Bte Hamzah :


Rumah Peranginan Persekutuan rpp bph

RPP Premier

Kelayakan: Gred 48 dan ke atas

Kadar sewa: RM100 – RM800


Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan Premier adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia


Lokasi RPP:

  1. RPP Tanjung Tuan
  2. RPP Banglo Port Dickson
  3. RPP Bukit Fraser (The Lodge)
  4. RPP Cameron Highland
  5. RPP Labuan
  6. RPP Singapura
  7. RPP London
Rumah Peranginan Persekutuan


Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) ini bawah kawal seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pihak Pengurusan BPH berkuasa meluluskan permohonan penginapan di RPP/RT kecuali permohonan menginap di United Kingdom.


Kuasa meluluskan permohonan menginap di United Kingdom terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri.


Permohonan tempahan untuk menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan boleh dibuat secara dalam talian di laman rasmi BPH di alamat di https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/.

https://invl.io/cljzg8n

Post a Comment

0 Comments