Permohonan Program MyLesen B2 JPJ Tahun 2024 – Permohonan Lesen Percuma


 


Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.


Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.


Permohonan Program MyLesen B2 2024

PROGRAM MyLESEN B2 TAHUN 2024

Impak Program :


  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

KUOTA 35,000 PESERTA !!!


Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Sihat Fizikal Dan Mental
  5. Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  6. Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.


Borang Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila scan QR code dalam poster di bawah atau klik melalui pautan yang disediakan:


https://invl.io/clk3vpe

 https://docs.google.com/…/1FAIpQLSek9MDK5…/viewform



*(Sila scan menggunakan Google Lens)

Post a Comment

0 Comments