BANTUAN I-FITRI 2023 KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN BARU & KEMASKINI


 



i-Fitri adalah bantuan kewangan one-off yang akan disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Kadar Bantuan i-Fitri 2023

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM300 one-off

i) Bantuan i-Fitri 2023

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI 2023

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 harus mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
    sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
i-fitri 2023 perantau

DOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan


i-fitri 2023 perantau

ii) Bantuan i-Fitri Perantau

Bantuan i-Fitri Perantau akan dibuka bagi rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu.

Tarikh permohonan adalah bermula pada 1 April hingga 15 April 2023.

Rujuk syarat kelayakan bantuan ini seperti di bawah:

SYARAT PERMOHONAN

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
    Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
    elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
    LAYAK memohon
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
    RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
    tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

DOKUMEN LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

Permohonan baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air


Tarikh Permohonan

BANTUAN I-FITRI

  • Tarikh permohonan dibuka : 19 Mac 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2023

BANTUAN I-FITRI PERANTAU

  • Tarikh permohonan dibuka : 1 April 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 15 April 2023

Cara Permohonan

Cara permohonan bantuan i-Fitri adalah secara atas talian.

Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my mulai 19 Mac 2023 manakala pemohon bagi kategori PERANTAU boleh memohon mulai 1 April 2023.

HOTLINE NEGERI :

  • 011- 5368 1120
  • 011- 1526 5561

BORANG PRT20

Borang Kemaskini PRT20


Post a Comment

0 Comments