CARA CLAIM BARANG YANG ROSAK ATAU HILANG DARI J&T SEHINGGA RM400



Berikut kami kongsikan cara terbaik untuk melakukan tuntutan barang yang rosak/hilang dari J&T



TERMA DAN SYARAT TUNTUTAN

Antara terma dan syarat yang telah ditetapkan bagi membuat tuntutan dari pihak J&T ialah :

1. Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam barang diterima (J&T ada hak untuk menolak permohonan jika lebih 48 jam)



2. Bagi barangan rosak atau hilang, HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis. Jadi kalau anda adalah penerima, anda perlu dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.

3. Isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain. Kemudian semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.



4. Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. 

(Gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian)


5. Aduan dan tuntutan boleh dibuat di saluran bawah sekiranya bukti sudah mencukupi




SALURAN ADUAN ATAU TUNTUTAN

Aduan atau tuntutan barangan yang rosak boleh dibuat melalui saluran berikut :

  • Talian Hotline 24 jam : 1300-80-9000
  • Email : support@jtexpress.my




JUMLAH TUNTUTAN 


Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya. 

  • Barang kurang dari 2kg : Tuntutan maksimum RM100 atau lebih rendah
  • Barang melebihi 2.01 kg : Tuntutan maksimum RM300 atau lebih rendah
  • Barangan dari luar negara : Maksimum RM400



Untuk makluman pengguna, setakat ini aduan boleh dilakukan menerusi secara atas talian sahaja iaitu pada laman e-Tribunal – ini disebabkan pelaksanaan PKP, kaunter pertanyaan secara fizikal telah ditutup sehingga 18 Februari kelak.

Post a Comment

0 Comments