Kemaskini STR 2026 Fasa 2 – Sehingga 13 Februari


 


TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1 AKAN DISALURKAN BERMULA 20 JANUARI 2026 (SELASA). Penerima akan menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing. Semakan bayaran boleh dilakukan di laman web rasmi MySTR



Kemas kini maklumat Permohonan STR 2026 bagi kelayakan fasa 2 boleh dilakukan sehingga 13 Februari 2026 melalui laman web rasmi www.bantuantunai.hasil.gov.my



Cara Kemaskini STR

1. Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.

2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (*Sila rujuk panduan bergambar di bawah)

3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.


Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.

Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.

Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci:


PANDUAN KEMASKINI STR 2026 (PDF)


Tempoh Kemaskini STR

Tempoh kemaskini STR bagi tahun 2026 ialah bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun.

Pemohon boleh membuat kemaskini secara manual dengan menghantar borang kemaskini ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.

Pengguna dinasihatkan sentiasa memantau portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my serta pengumuman media rasmi untuk maklumat tempoh kemaskini terkini supaya tidak terlepas tarikh penting ini.



Bayaran STR FASA 1 (2026)

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2026 dijadualkan disalurkan pada 20 Januari 2026 (Selasa)



Bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. Jika anda tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time Use



Post a Comment

0 Comments