Bayaran Insentif Awal SSPA Penjawat Awam 2024 (RM2000)


 


Semua penjawat awam termasuk pesara kerajaan akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 23 Februari 2024.


📌 Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 dibuat 23 Februari 2024


📌 Laporan akhir Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan




Bayaran Insentif Awal RM2000 Untuk Penjawat Awam 2024


Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan terima Bayaran Insentif Awal RM2,000 yang dibayar 23 Februari 2024.


Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.


Beliau berkata bayaran insentif ini dibuat sementara kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.


“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran insentif berjumlah RM1,000 juga diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.


Beliau berkata semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen turut menerima bayaran insentif RM1,000, yang akan dibuat sekali gus pada akhir Februari depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.


Tarikh Bayaran Insentif Penjawat Awam 2024


Bayaran insentif ini akan dibuat pada 23 Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Post a Comment

0 Comments