Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Tahun 2022
Permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula pertengahan April 2022 ini.
Perkara ini diumumkan melalui siaran media terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).
Melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.


Syarat Kelayakan

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
- Celcom Axiata Berhad (Celcom),
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
- Maxis Berhad (Maxis),
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
- Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
- YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Tarikh Permohonan
Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada pertengahan April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Post a Comment
0 Comments