Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan: 8 Manfaat Ditawarkan Oleh Kerajaan
Antara intipati dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang akan dilaksanakan adalah Skim Sejahtera Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM29.75 juta.
Bantuan ini bertepatan dengan janji kerajaan PH-BN dalam PRN terdahulu iaitu Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, skim berkenaan mencakupi kehidupan rakyat sejak awal kelahiran sehingga menjejak usia warga emas.
Kumpulan Sasar
Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini bakal memberi manfaat kepada 8 kumpulan bersasar iaitu:
- Bayi/Kanak-Kanak
- Pelajar Sekolah
- Siswazah
- Siswa
- Belia
- Ibu Tunggal
- Warga Emas (umur 70 tahun ke atas)
- Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih)
Jumlah peruntukan
Berikut merupakan pecahan jumlah peruntukan untuk setiap kategori yang layak bagi bantuan Skim Sejahtera Rakyat Negeri Sembilan ini:
- Bayi/Kanak-Kanak – RM1.60 juta
- Pelajar Sekolah – RM0.15 juta
- Siswazah – RM2.50 juta
- Siswa – RM4.50 juta
- Belia – RM5.00 juta
- Ibu Tunggal – RM1.00 juta
- Warga Emas (umur 70 tahun ke atas) – RM14.80 juta
- Pengurangan Kos Sara Hidup (Keluarga Termiskin e-Kasih) – RM0.20 juta
- Permohonan perlu dilakukan kecuali penerima yang layak dalam senarai e-Kasih
- Dikhaskan untuk pengudni berdasftar di Negeri Sembilan
- Menyertakan dokumen pembuktian dan pengesahan yang berkaitan
Post a Comment
0 Comments