Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) RM1000 Tahun 2022
Objektif BKK JKM
Dikenali sebagai program Bantuan Kanak-Kanak (BKK JKM), ianya bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pecahan bantuan ini adalah seperti yang berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Syarat Kelayakan BKK

- Hanya untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Keluarga atau penjaga yang memberi penjagaan kepada kanak-kanka tersebut mempunyai pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Berumur bawah 18 tahun
- Jika berumur 18 tahun ke atas – boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga ke peringkat menengah atas
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan mengikut kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Cara permohonan bantuan kanak-kanak
Permohonan secara dalam talian
Untuk permohonan secara dalam talian, anda boleh layari pautan di bawah dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan bagi membolehkan permohonan bantuan kanak-kanak ini diproses: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Secara manual di pejabat JKM
Permohonan secara manusal boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara
Pemohon perlulah memuat turun borang di bawah, lengkapkan butiran yang diminta dan bawa bersama ke pejabat JKM:

Post a Comment
0 Comments