Permohonan Rebat Bil Elektrik 100% Disember 2021


 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.

“Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.

“Saya juga meminta TNB untuk membantu kediaman mangsa banjir B40 apabila bekalan elektrik disambung semula dan pendawaian (dilakukan) secara percuma.

“Kita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.

Cara Semakan & Permohonan

Buat masa kini cara permohonan atau pelaksanaan masih dalam proses untuk diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.

Bagi golongan yang terjejas, anda boleh mendapatkan makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan rebat ini bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :

1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua

Post a Comment

0 Comments