MAINS : Bantuan Awal Persekolahan B40 Tahun 2022
Bantuan Awal Persekolahan MAINS adalah salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan setiap tahun.
Ia bertujuan membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun bermula persekolahan.
Bantuan ini dibuka untuk ibu bapa / pemohon yang mempunyai anak-anak dari prasekolah (6 tahun) hingga Tingkatan 5.
Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022
Untuk makluman, berikut adalah syarat-syarat bagi pemohon
- Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Terbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi tumah serta bilangan anak yang bersekolah.

Dokumen Yang Diperlukan
Borang boleh didapati melalui link di bawah:
https://www.mains.gov.my/v1/images/borang/borangsekolah.pdf
Sila sediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
- Salinan MyKid / MyKad / sijil kelahiran tanggungan
- Salinan sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian (jika berkenaan)
- Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bank
- Slip gaji / Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)
- Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah dibuat di Pejabat Agihan MAINS Daerah seperti di link di bawah.
- Lokasi: Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan
- E-mel: info@mains.gov.my
- Telefon : 06-765 1402 / 06-765 1405
- Laman web : https://www.mains.gov.my/
Senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan
Permohonan janji temu boleh dibuat melalui pautan https://www.mains.gov.my/temujanji/borang seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.

Post a Comment
0 Comments