BKC FASA 3 : Semakan Status & Tarikh Pembayaran Bermula 20 Disember 2021
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima.
“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pembayaran terakhir Bantuan Khas COVID-19 iaitu Fasa 3 BKC bakal dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada 20 Disember 2021.
Bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
Jumlah Bayaran BKC Fasa 3
Jumlah bayaran BKC Fasa 3 adalah :
- B40 (Kategori Berkahwin) : RM300
- Miskin Tegar (Kategori Berkahwin) : RM300
Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih terperinci tentang bayaran BKC bagi setiap kategori.

Tarikh Bayaran BKC Fasa 3
Pembayaran BKC akan dibuat secara berfasa sebanyak 3 kali. Bagi fasa 3, bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2021.
- BKC Fasa 1 : Mulai 6 September 2021 (*Bagi kategori M40 bermula 9 September 2021)
- BKC Fasa 2 : Mulai 25 November 2021
- BKC Fasa 3 : 20 Disember 2021
Penerima bagi setiap Fasa BKC adalah seperti berikut:
- Fasa 1: Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) , B40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas) & M40 (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas)
- Fasa 2 : Miskin Tegar (Semua Kategori Berkahwin, Bujang & Warga Emas),
- Fasa 3 : B40 (Kategori Berkahwin) & Miskin Tegar (Kategori Berkahwin)
Semakan Status Bantuan BKC Fasa 3
Orang awam boleh membuat semakan status kelayakan Bantuan Khas Covid19 melalui 2 cara berikut:
- i) Layari laman sesawang https://bkc.hasil.gov.my (Portal rasmi BKC
- ii) Hubungi Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKC melalui talian 1800-88-27-47

Post a Comment
0 Comments