Belanjawan 2021: RM600 bantuan khas penjawat awam


 

Bantuan Khas Kewangan bernilai RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, dengan pembayaran dibuat awal tahun depan,

Beliau berkata, Bantuan Khas Kewangan bernilai RM300 pula diberi kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

"Kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 kepada peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2022.

"Selain itu, kerajaan sudah bersetuju kadar elaun RM6 dinaikkan kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan, mulai tahun hadapan.


"Bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian 'one-off' sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima," katanya

Post a Comment

0 Comments