Kerajaan Perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) - PM Muhyiddin Yassin





Kerajaan Perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) Dengan Tema Bersama Menjana Ekonomi - PM Muhyiddin Yassin

Antara intipati PENJANA

Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020

300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia

Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS

Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat

Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta

Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta

RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini - PM


Post a Comment

0 Comments